Thursday 1 October 2015

Ihfazillah Yahfazkum: Salam Perkenalan

Ihfazillah Yahfazkum: Salam Perkenalan

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum.. 


Salam Sayyidul Ayyam Jumaat yang Barakah..Smoga sahabat semua sentiasa dalam redha Allah ..
Semalam 1 Oktober 2015, sangat memenatkan apabila jadual sangat padat.. Terpaksa berkejar-kejar dari kampus lama ke kampus baru.. so tired.. hee.. yang xtahan, sempat melencong ke karnival buku di Dewan SITC.. Syukran sahabatku kerana sudi melayan karaneh,,:) Syukran Siti Maryam.

Pada pagi yang indah ini, ingin saya kongsikan tentang "Bahasa Arab untuk Ibadah".
Sempena tajuk buku yang sempat dibeli sewaktu Karnival Buku anjuran Perpustakaan Tuanku Bainun Pejabat Karang-Mengarang.. :) 

Pada saya, Bahasa Arab is very important to our life.. Why? Bakhet? Kenapa? Limaza?

Bahasa Arab adalah Bahasa Syurga, Bahasa Sunnah, yang paling penting "Bahasa Al-Quran"..
Bahasa Arab bukan juga sebuah wasilah untuk komunikasi sosial tetapi ada satu keistimewaan tambahan yang tidak dimiliki oleh bahasa lain, iaitu nilai ibadah..

Apabila ditanya umum tentang Kepentingan/Kelebihan Bahasa Arab adalah seperti berikut:


1- Bahasa Pembuka kepada pintu2 Ilmu
2- Bahasa  Perantaraan
3- Bahasa Al-Quran
4- Bahasa Ahli Syurga
5- Bahasa Islam (Lughah Ad-Din)

Dalam sedar tak sedar, kita sebenarnya sering menggunakan Bahasa Arab. Contohnya dalam rukun Islam itu sendiri, seperti *Syahadah *Zakat *Haji *Umrah..


Selain itu, kita sebagai umat Islam menggunakan Bahasa Arab di dalam ibadah seharian kita. Oleh itu, sangat penting bagi kita untuk memahami ayat-ayat suci al-Quran yang kita alunkan dan gunakan dalam solat.. Bacaan2 dalam solat juga keseluruhannya di dalam bahasa Agung ini..





Tuesday 29 September 2015

Salam Perkenalan

Assalamualaikum sahabat blogger,

Setelah sekian lama meninggalkan dunia blogger, kini saya muncul kembali :)
Alhamdulillah masih dikurniakan nafas yang panjang pada hari ini.. Semoga dipanjangkan umur dalam mengejar redha ALLAH.. tak lupa juga redha sesama manusia..

Teringat kata-kata seorang ustaz dalam 1 kuliah Maghrib di masjid Al-Mursyidin,

" Syaitan itu menjanjikan kamu perbuatan yang keji."
" Allah itu menjanjikan kamu Maghfirah yakni keampunan-Nya"

Allahu Akhbar,

Jika dihayati ayat ini.. Cuba kaitkan diri kita dengan realiti kehidupan masa kini..

Kata beliau lagi,

" Orang yang mendapat keampunan Allah akan berasa TENANG ."

Sahabat yang disayangi kerana-Nya,
Jauhilah maksiat, sesungguhnya maksiat hanya menutup,menghijab,mengaburkan mata hati kita dalam mendapatkan keredhaan Allah yang Maha Esa..

Allhu a'lam bissowab





Thursday 20 November 2014

RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA


Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.

click "SHARE" jika anda sayangkan ibu anda

P/S : AL-FATIHAH untuk ibu kita, walau dimana ibu berada

Friday 17 October 2014

- Kasih Ilahi - Azree Purple [A.P]: IKHLAS : Menurut Al-Quran & Hadis

- Kasih Ilahi - Azree Purple [A.P]: IKHLAS : Menurut Al-Quran & Hadis: Pendahuluan                         Islam adalah agama yang benar di sisi Allah. Segala amal ibadat yang kita lakukan hendaklah ses...

Wednesday 8 October 2014

KASIH SEORANG IBU

Sediakan Tisu, Anda Pasti Menitiskan Air Mata Merindui Ibu Anda Selepas Membaca Ini.
Sempena di bulan ramadan yang mulia ini, kami kongsikan kepada anda satu surat anak kepada ibunya yang telah pergi buat selama-lamanya. Semoga apa yang kami kongsikan ini boleh dijadikan iktibar kepada semua orang.
Mak…..
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari…..
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih….
Mak tau tak…….
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa…..
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm…rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh…..
nak tinggal kan anak2 mak….. nak tinggal kan dunia fana ni……
mak macam dah sedia…..
Seminggu sebelum tu……
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai…..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu….
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih……
kakak pun rasa hairan…..
mak tak penah buat gitu…..
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak……
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam …….
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam…
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan…
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2….
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari…..
ada kat dalam dalam beg…..
ada dalam ASB…..
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi……
ada kat dalam gulung tikar…..
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar…
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa…
mak cuma gelak jer…
eeemmm…bahagiaa nya saat ituu..
Mak…..
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut…..
bila malam tu kiter sampai dari KL…..
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk…..
mak tetap takmau pi hospital…. .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital…. .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor…
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju… ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk….
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital…. ..
Mak…..
amponkan kami semua…
kami nak mak sehat…
kami sayang mak…
kami tak mau mak sakit…
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital….
ampon kan kami yer mak….
Mak…..
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter…
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta….
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula…
kalau tak cukup, mak kan banyak duit…
mak gelak ajerr…..
Lepas tu bila kereta kiter sampai….
mak buat kenduri kesyukuran… ….
Dan kiter masih ingat lagi…
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor…..
Punya la kiter takut…
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak…..
Bila balik sahaja kampong….
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj…..
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek…
mak tanya kenapa…?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga…..
Mak….
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau…
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar…
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter…..
Mak…..
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital…..
nurse tengah balut mak dengan kain putih…….
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital…
Mesti mak nampak abang cium dahi mak…..
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak….
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu…
mesti mak nampak semua tu kann…kann. .kannn
Mak tau tak….
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar…
Adik kat sebelah diam melayan perasann…
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini…
jalan di depan terasa makin kelam…..
airmata dah tak mampu di tahan….
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela…
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga…
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. …sekosong hati ini…..
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. …..
terasa syahdu dan sayu…dinginnnn. ….
Mak……
Kiter masih ingat lagi….
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak…
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ….
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi….
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak…..
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan…..
Mak perasan tak…..?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter…..
Dia kata…” dikk…jangan nangis…kalau sayang mak jangan buat gitu…jangan nangis ya..”
Bila makcik tu kata gitu…
lagi laaaa laju airmata ni…
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak….
Mak…..
Sampai takat ini surat ni kiter tulis…..
kiter nangis ni…..
Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00 pagi….
Takder orang yang bangun lagi…..
kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh” kiter sedih…
kiter rindu kat mak….!
Takpa la….
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak…
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya… .
Semua anak2 mak mengelilingi mak…
menatap wajah mak buat kali terakhir….
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja…
Mak rasa tak….
masa tu kiter sentuh dahi mak….
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk…..
Kiter tak mampu nak cium mak…
kiter tak daya….
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar…
Airmata kiter tak boleh tahan….
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak…
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak…..
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah….
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik…
badan akak terasa panas…
makk…
anak mak yang seorang tu demam….
Mak tauu…
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak…..
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi…
Begitu terasa kehilangan mak…
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata…
Dan sampai satu tahap….
masa tu malam jumaat selepas maghrib….
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ….
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi…
semakin kiter tenung terasa semakin sayu…
tangisan tak dapat dibendung…
Mak tauu…
kiter cuba bertahan…
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…
Kiter rasa nak telefon mak…..
nak cakap dengan mak…..
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong….
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi…
Puas la kakak memujuk kiter…
Akak kata…” tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..”
Dan akhirnya akak juga nangis…..
Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati…
rasa nyilu sangat…
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni….
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma….
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan…..
Mak….
cukup la sampai sini dulu….
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu….
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid…
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ….
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak…
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula….
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih….
pastu kawan kiter bgtau…
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje…
Takper yer mak…
Kiter kasi orang lain baca…
Kiter stop dulu…
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu…
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter…
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk univesiti….
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang…
boleh rasa duduk kat negara orang…
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih mak.
Yang Benar Anak Mak Yang Dah Tak Degil
Ps: Kongsikan cerita ini dengan harapan semua yang melihat cerita ini akan mendapat kebaikan pada cerita ini.
Sumber: Iluvislam
Sempena di bulan ramadan yang mulia ini, kami kongsikan kepada anda satu surat anak kepada ibunya yang telah pergi buat selama-lamanya. Semoga apa yang kami kongsikan ini boleh dijadikan iktibar kepada semua orang.
Mak…..
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari…..
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih….
Mak tau tak…….
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa…..
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm…rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh…..
nak tinggal kan anak2 mak….. nak tinggal kan dunia fana ni……
mak macam dah sedia…..
Seminggu sebelum tu……
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai…..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu….
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih……
kakak pun rasa hairan…..
mak tak penah buat gitu…..
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak……
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam …….
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam…
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan…
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2….
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari…..
ada kat dalam dalam beg…..
ada dalam ASB…..
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi……
ada kat dalam gulung tikar…..
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar…
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa…
mak cuma gelak jer…
eeemmm…bahagiaa nya saat ituu..
Mak…..
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut…..
bila malam tu kiter sampai dari KL…..
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk…..
mak tetap takmau pi hospital…. .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital…. .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor…
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju… ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk….
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital…. ..
Mak…..
amponkan kami semua…
kami nak mak sehat…
kami sayang mak…
kami tak mau mak sakit…
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital….
ampon kan kami yer mak….
Mak…..
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter…
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta….
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula…
kalau tak cukup, mak kan banyak duit…
mak gelak ajerr…..
Lepas tu bila kereta kiter sampai….
mak buat kenduri kesyukuran… ….
Dan kiter masih ingat lagi…
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor…..
Punya la kiter takut…
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak…..
Bila balik sahaja kampong….
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj…..
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek…
mak tanya kenapa…?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga…..
Mak….
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau…
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar…
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter…..
Mak…..
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital…..
nurse tengah balut mak dengan kain putih…….
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital…
Mesti mak nampak abang cium dahi mak…..
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak….
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu…
mesti mak nampak semua tu kann…kann. .kannn
Mak tau tak….
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar…
Adik kat sebelah diam melayan perasann…
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini…
jalan di depan terasa makin kelam…..
airmata dah tak mampu di tahan….
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela…
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga…
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. …sekosong hati ini…..
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. …..
terasa syahdu dan sayu…dinginnnn. ….
Mak……
Kiter masih ingat lagi….
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak…
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ….
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi….
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak…..
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan…..
Mak perasan tak…..?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter…..
Dia kata…” dikk…jangan nangis…kalau sayang mak jangan buat gitu…jangan nangis ya..”
Bila makcik tu kata gitu…
lagi laaaa laju airmata ni…
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak….
Mak…..
Sampai takat ini surat ni kiter tulis…..
kiter nangis ni…..
Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00 pagi….
Takder orang yang bangun lagi…..
kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh” kiter sedih…
kiter rindu kat mak….!
Takpa la….
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak…
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya… .
Semua anak2 mak mengelilingi mak…
menatap wajah mak buat kali terakhir….
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja…
Mak rasa tak….
masa tu kiter sentuh dahi mak….
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk…..
Kiter tak mampu nak cium mak…
kiter tak daya….
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar…
Airmata kiter tak boleh tahan….
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak…
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak…..
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah….
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik…
badan akak terasa panas…
makk…
anak mak yang seorang tu demam….
Mak tauu…
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak…..
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi…
Begitu terasa kehilangan mak…
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata…
Dan sampai satu tahap….
masa tu malam jumaat selepas maghrib….
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ….
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi…
semakin kiter tenung terasa semakin sayu…
tangisan tak dapat dibendung…
Mak tauu…
kiter cuba bertahan…
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…
Kiter rasa nak telefon mak…..
nak cakap dengan mak…..
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong….
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi…
Puas la kakak memujuk kiter…
Akak kata…” tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..”
Dan akhirnya akak juga nangis…..
Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati…
rasa nyilu sangat…
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni….
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma….
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan…..
Mak….
cukup la sampai sini dulu….
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu….
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid…
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ….
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak…
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula….
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih….
pastu kawan kiter bgtau…
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje…
Takper yer mak…
Kiter kasi orang lain baca…
Kiter stop dulu…
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu…
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter…
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk univesiti….
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang…
boleh rasa duduk kat negara orang…
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih mak.
Yang Benar Anak Mak Yang Dah Tak Degil
Ps: Kongsikan cerita ini dengan harapan semua yang melihat cerita ini akan mendapat kebaikan pada cerita ini.
Sumber: Iluvislam

Monday 6 October 2014

Kisah Wanita dengan Perogol (Ayat Qursi)

Kisah ini berlaku kepada seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US. Gadis ini sangat cantik rupa paras dan bentuk badannya juga sempurna. Tetapi dia sentiasa taat kepada Allah swt, berpakaian sopan, menutup aurat dengan 'sempurna' dan memiliki akhlak yang baik. 

Pada suatu malam, gadis ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia telah tersilap dengan melalui jalan yang singkat untuk pulang di atas sebab-sebab tertentu. Laluan yang pilih itu pula agak tersorok dan kebetulan, tidak ramai orang yang lalu lalang pada masa itu.

Kerana malam yang lewat dan keadaan yang sunyi, laluan itu agak gelap dan keadaannya agak menyeramkan. Ini membuatkan gadis itu agak gelisah dan berasa takut kerana berjalan sendirian.

Tiba-tiba gadis itu ternampak ada seorang lelaki kulit putih berbangsa Amerika sedang bersandar di dinding di tepi lorong itu. Gadis itu menjadi semakin takut dan berasa tidak sedap hati. Tetapi, apa yang boleh dilakukan hanyalah berdoa kepada Allah, memohon keselamatan atas dirinya. Gadis itu pun berdoa dan membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah swt membantunya di saat itu.

Semasa melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan sempat mengecam wajah lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan gadis itu selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, gadis itu terbaca dalam akhbar tempatan Amerika berkenaan seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di kawasan yang dilaluinya semalam. Masa kejadian pula hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Seteleh menatap wajah perogol yang dipaparkan, gadis itu yakin bahawa perogol tersebut adalah lelaki kulit putih yang dijumpainya semalam.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat aduan. Gadis itu dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, pihak polis juga mendapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol bersiri yang amat dikehendaki.

Namun, gadis itu berasa amat hairan kerana perogol itu tidak menjadikannya mangsa. Padahal dia keseorangan pada masa itu dan sebaliknya perogol itu memilih perempuan yang lalu selepas dia. Gadis itu ingin sangat mengetahui akan sebabnya. Oleh itu, dia meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain.

Dia pun bertanya kepada perogol itu :
Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone ?
Mengapa kamu tidak melakukan apa-apa terhadap saya pada malam tersebut sedangkan kamu tahu saya sedang berjalan bersendirian ?

Perogol tu menjawab :
No, you are not alone ! That night I saw two young man walking with you.
One on your right side and the other one was by your left side.
If you were alone of course you will be my victim
Tidak, kamu tidak bersendirian. Malam itu saya nampak dua lelaki muda berjalan bersama kamu. Seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri kamu. Jika bersendirian sudah tentu kamu yang akan menjadi mangsa saya kerana kamu yang saya jumpai lebih dahulu

Wanita itu berasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Setelah berfikir sejenak, dia pun faham akan apa yang telah terjadi. Dia pun bersyukur ke hadrat Allah, mungkin Allah memeliharanya pada malam itu kerana dia telah berdoa memohon perlindungan daripada Allah swt dan juga kerana berkat bacaan ayat Kursi.



Allah swt itu Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu
Dia juga boleh memerintahkan malaikat menjaga manusia dalam apa jua cara

Kesimpulannya
Jika kita sebagai hamba, menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah swt, Dia pastinya akan sentiasa 'dekat dengan kita' dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dengan sempurna, menjauhi maksiat dan menjaga batas-batas pergaulan yang ditetapkan oleh Allah.

Wanita itu juga telah memohon perlindungan daripada Allah Yang Maha Berkuasa daripada segala sesuatu. Oleh itu, jika Allah swt ingin melindunginya, tiada sesiapa yang akan dapat melakukan sesuatu ke atasnya.

Di samping itu, apabila kita membaca Ayat Qursi, Allah akan utuskan dua malaikat untuk menjaga kita. Dua lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya dan memohon perlindunganNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab dengan izin Allah. Tetapi jika kita tergolong dalam golongan manusia yang tidak diterima doanya, maka sebanyak mana dibaca pun tidak akan diperkenankan oleh Allah. Jika kita selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, menunaikan ibadat secara sambil lewa dll. Dapatkah kita mendapat pertolongan sebegini dari Allah ?

Malah kita mungkin akan dikenakan bala di atas perbuatan mungkar kita kepada Allah swt. Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di dalam kubur dan di akhirat kelak kita juga pasti akan disiksa di atas dosa-dosa kita, kerana itu adalah janji Allah swt dan Allah itu Maha Menepati Janji.

Saya suka mengingati satu hadis yang bermaksud :

Jika kamu mencari keredhaan Allah dengan kemurkaan makhluk,
Maka Allah swt akan memelihara kamu daripada segalanya

Sebaliknya, jika kamu mencari keredhaan manusia dengan kemurkaan Allah,
Nescaya Allah swt akan menyerahkan nasibmu kepada makhluk

Di antara kelebihan amalan membaca Ayat Qursi :

Sesiapa membaca Ayat Qursi dan memohon perlindungan kepada Allah swt,
Allah akan menghantar dua malaikat untuk menjaganya

Sesiapa membaca Ayat Qursi semasa meninggalkan rumah, keluarga dan hartanya,
Allah akan menugaskan dua malaikat untuk menjaga rumahnya,keluarganya dan hartanya

Sesiapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh

Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
Nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya

#amalkanAyatKursi

Kisah Benar: Isteri enak disetubuhi jin

Panggilan yang diterima lewat malam itu benar-benar memberi kesan. Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan potongan ayat
lelaki tersebut.

“Isteri saya enak disetubuhi jin, sedangkan saya keseorangan di sofa ruang tamu dengan hanya ditemani nyamuk-nyamuk yang menggila seolah-olah mengejek-ejek
diri saya," ungkap pemanggil tersebut.

Teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya telah mengaturkan satu pertemuan dengan pemanggil tersebut. Ridzwan, 31, (bukan nama sebenar) telah berjaya
mengubah dimensi saya tentang kewujudan alam lain di muka bumi ini.

Melihat secara luaran, perwatakan Ridzwan sama seperti lelaki-lelaki lain malah dia kelihatan kemas dan segak, sesuai dengan profesionnya sebagai seorang
pengurus di sebuah syarikat terkemuka. Nyata telahan saya tersasar kerana menyangka Ridzwan seorang lelaki yang tidak terurus ekoran masalah yang sedang
dialaminya itu.

“Tujuan saya berkongsi pengalaman ini bukanlah mahu membuka aib keluarga mahupun isteri saya, tetapi amat berharap agar perkongsian ini dapat memberi manfaat
kepada suami-suami yang mungkin menerima nasib yang sama seperti saya tetapi masih tertanya-tanya apakah musibah yang sedang melanda mereka," ujar Ridzwan
membuka bicara.

Menurut Ridzwan, peristiwa ini berlaku lima tahun lalu selepas usia perkahwinan mereka mencecah tiga tahun. Menurutnya, keganjilan yang mula melanda isterinya
itu berlaku sekembalinya mereka dari percutian di Tawau, Sabah kerana mengikutinya bekerja di luar kawasan.

Kesempatan bekerja di kawasan itu telah dimanfaatkan oleh mereka untuk terus pergi bercuti. Apatah lagi mereka masih belum dikurniakan anak setelah tiga
tahun berkahwin menyebabkan mereka sentiasa mengisi setiap kesempatan yang ada untuk bersama.

“Sejak pulang dari Tawau, isteri saya mula berubah perangai setiap hari selepas pukul 10 malam. Pada mulanya, saya tidak menyangka apa-apa kerana dia sendiri
mengakui kadang-kadang mood seseorang itu sentiasa berubah-berubah. Namun, keadaan itu berpanjangan sehinggalah tiga bulan," ujar Ridzwan lagi.

Apa yang ganjilnya, isterinya di waktu siang berkelakuan normal sahaja seperti biasa. Dia amat suka jika Ridzwan sentiasa merapatkan dirinya dan saling
bersentuhan, malah dia jugalah yang sentiasa merangsang Ridzwan supaya melayaninya pada malam hari.

Namun setelah jam menunjukkan oukul 10 malam, isterinya itu terus tidur dan memalingkan diri ke arah bertentangan dengannya.

“Pernah sekali saya cuba juga untuk bermesra dengannya sambil membelai-belai rambut dan memeluknya dari belakang namun dia menepis tangan saya sambil mendengus,"
tambah Ridzwan sambil pandangan matanya dilemparkan jauh-jauh seolah-olah cuba menyembunyikan perasaanya hiba.

Pernah juga mereka bertengkar pada malam tersebut kerana isterinya seolah-olah tidak rela disentuh oleh Ridzwan dan menganggap seolah-olah suaminya itu
cuba untuk merogolnya. Setiap malam juga Ridzwan akan kecewa dan membawa dirinya tidur berseorangan di ruang tamu rumah mereka.

Seperti biasa, pada sebelah pagi, isterinya akan bangun dengan begitu segar sekali dan penuh bersemangat. Dia seringkali memberitahu Ridzwan bahawa perasannya
setiap kali bangun seolah-olah mereka telah bersama pada malam tersebut.

Hal ini menyebabkan Ridzwan mulai curiga dan risau. Tidak mungkin isterinya itu curang kerana setiap malam isterinya akan pulang ke rumah dan di sebelah
siangnya mereka adalah pasangan yang paling bahagia.

Isterinya juga sering mengadu yang seringkali melihat kesan lebam di pangkal paha setiap kali bangun tidur dan pada lebam itu terdapat lima lubang halus.

“Pada mulanya, saya tidak menghiraukan aduan yang dibuat oleh isteri saya itu dan menganggap mungkin itu hanyalah gigitan serangga di malam hari. Tambahan
pula perasaan yang kecewa pada malam hari menyebabkan saya tidak menghiraukan aduan-aduan isteri saya itu," tambah Ridzwan.

Pernah juga dia terfikir untuk menjalankan hubungan sulit dengan perempuan lain, namun itu sekadar angan-angan kosong bagi menyedapkan hati kerana jauh
di sudut hatinya, dia terlalu sayangkan isterinya itu.

Keadaan ini berlarutan sehingga mencecah hampir setahun.

Untuk mengatasi masalah tersebut, Ridzwan terpaksa mendatangi isterinya pada waktu siang sebelum ke pejabat kerana menganggap isterinya hanya bernafsu
pada waktu itu.

Disebabkan keadaan ini menyebabkan isterinya semakin lama semakin susut tubuhnya dan matanya mulai cengkung seolah-olah tidak mendapat rehat yang secukupnya
walhal isterinya tidur nyenyak seawal pukul 9 malam dan tidak akan diganggu.

Pernah juga Ridzwan membawa isterinya berjumpa doktor, namun doktor mengesahkan yang isterinya sihat dan hanya menasihat supaya memperbanyakkan rehat.

Semakin hari isterinya mula mengalami kemurungan dan tidak seceria dulu. Dia semakin menjadi pasif, takut untuk berhadapan dengan orang ramai, rendah diri,
tiada keyakinan dan prestasi kerjanya mula merosot.

Ridzwan cuba mendapatkan ikhtiar lain dengan cara menggunakan pendekatan rawatan secara Islam.

Perjumpaan dengan seorang ustaz yang terkemuka di ibu kota telah merungkaikan segala persoalan yang selama ini tidak terfikir oleh Ridzwan.

Menurut ustaz tersebut, isterinya itu sedang didampingi oleh jin dan menyetubuhinya setiap malam dan semakin lama jin itu semakin ketagih.

Ketika proses perubatan dilakukan, Ridzwan melihat sendiri bagaimana interaksi antara ustaz tersebut dengan jin yang menumpang dalam badan isterinya.

“Jin tersebut mula terpikat dengan isteri saya semasa mereka menginap di sebuah hotel di Tawau dan ketika itu isteri saya sedang mandi berbogel di dalam
bilik air hotel tersebut. Sejak itu jin berkenaan mula mendampingi isteri saya dan amat benci kepada saya dan inginkan kami berpisah," tambah Ridzwan.

Namun, kecekalan hati Ridzwan serta rasa cintanya terhadap isteri menyebabkan mereka berjaya mengekalkan hubungan tersebut walaupun seringkali bercakaran.

Setelah pertemuan demi pertemuan diadakan dengan ustaz tersebut selama sebulan, akhirnya jin itu berjaya dikeluarkan dan isterinya itu kembali normal dan
ceria seperti biasa. Kini perhubungan Ridzwan dan isterinya kembali normal.

Nasihat Ridzwan, jika terdapat sebarang tingkah laku atau perbuatan-perbuatan ganjil yang dilakukan oleh seorang isteri, segera mendapatkan rawatan sama
ada secara moden atau Islam.

“Jangan pandang ringan akan hal ini kerana mungkin akan membawa kemudaratan jika dibiarkan berpanjangan. Ramai dalam kalangan isteri seringkali tidak menyedari
yang dirinya telah ditiduri dan dirogol oleh jin akibat mengabaikan doa sebelum tidur sebagai pelindung diri. Ini akan menyebabkan jin mudah masuk ke dalam
tubuh dan mendampingi mereka tanpa disedari.

“Naluri seorang isteri adalah sentiasa berkehendakkan layanan suaminya, dan jika dia mula menolak, mungkin ada sesuatu yang mengganggu dirinya. Mungkin
yang mengganggu itu datangnya dari alam lain, ataupun yang mengganggu itu datangnya dari alam kita sendiri," kata-kata terakhir Ridzwan yang mendalam mengakhiri
pertemuan tersebut.
#sumber

Nice Picture

ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU

Adab-adab menuntut Ilmu ~ Ikhalaskan Niat ~ Tekun Berusaha & Tawakkal ~ Menjauhi Maksiat ~ Memilih Teman yang Solehah/Soleh ~ Banyakkan Zikrullah ~ Menjaga kehormatan Diri & Agama ~ Doa & Keredhaan IbuBapa ~ Menghormati Mua'llim ~ Beramal Dengan segala Ilmu yang diperoleh

DAMBA REDHA ILAHI: KALAM SI FAQIR...

DAMBA REDHA ILAHI: KALAM SI FAQIR...: ASSALAMUALAIKUM... Alhamdulillah..segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana masih lagi memberikan ruang dan waktu untuk dir...

Subjek Kompetensi Teknologi Maklumat & Komunikasi

Di Universiti Pendidikan Sultan Idris saya mempelajari Ilmu IT ni dengan lebih mendalam lagi.. Stress jugak kekadang.. hehe.. nasib baik dikurniakan lecturer yang penyabar orangnya.. :) ALHAMDULILLAH.. Love you Prof Suzani.. Sebut je UPSI, mesti orang cakap.. "Ha.. nim cikgu nim.. " Why..??? Heehee.. Allahumma Ameen.. Orang dah doakan , kita Ameenkan ajerr.. benda elok kan.. Kepentingan pelajari Subjek Kompetensi Teknologi Maklumat & Komunikasi bagi kami bakal-bakal cikgu nim ialah: 1) Mempelajari cara 'key in' data maklumat pelajar 2) Memudahkan para guru (masa akan datang) menyiapkan senarai pemarkahan pelajar dengan tepat tanpa ralat 3) Menjimatkan masa.. 4) **Mendedahkan tentang kemahiran pencarian & pengurusan maklumat, pengeditan imej/audio/video digital, serta aplikasi perisian automasi pejabat dalam penyelesaian masalah pembelajan.