cerita hati~: aku masih normal~: bismillah.. aku tak normal?owh..mustahil2..aku masih normal n still mcm org lain..i really need 'someone special' yang boleh buat aku ha...
Saturday, 29 December 2012
Pemburu Cinta Allah dan Rasul-Nya: Inilah realiti~
Pemburu Cinta Allah dan Rasul-Nya: Inilah realiti~: solat berjemaah di tengah-tengah hutan, ditemani irama aliran air sungai dan percikan air terjun yang mengasyikan, dan nyanyian merdu si ce...
“Aku Kecewa Kerana Cinta..”
Pernah kecewa? Pernah putus cinta? Cinta terhalang oleh keluarga? Atau sebenarnya memang bukan jodoh..,
wahai hati,
Perasaan kecewa itu sangat menyakitkan.. putus cinta itu sesuatu yang pedih.. apatah lagi cinta dikhianati.. perit.. umpama ditusuk bilahan pedang..
Cinta terhalang oleh keluarga.. yaAllah.. sungguh tragis.. mengapa dua insan bercinta tidak boleh disatukan? Sedangkan kasih sayang itu telah lama wujud..
Maka soal jodoh itu pun timbul.. mungkin dia bukan jodohmu.. siapa tahu.. mungkin Allah mahu menguji kamu sebelum Dia memberi nikmat kebahagiaan yang sebenar kepadamu wahai hati..
Benarlah kata-kata; “cinta tidak semestinya bersatu”.. kita tidak semestinya akan bersama dengan orang yang kita cintai. Tapi, kita akan bersama dengan jodoh yang telah tertulis untuk bersama kita di Luh Mahfuz.. kerana Dia lebih mengetahui siapa yang terbaik untuk kita.. justeru, janganlah bazirkan perasaan cinta tu kepada mereka yang tidak sepatutnya menerima cinta.. tak perlu memberi cinta itu kepada seseorang yang belum tentu jodoh kita, walaupun sekadar biasan cinta..
“Allah ada sebab tak bagi dia end up dengan kamu.. ni janji Allah, Dia telah sediakan someone yang terbaik untuk kamu.. cuma masanya belum sampai lagi..” – Fana
“Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya” – Ust. Pahrol Mohamad Juoi; Tentang Cinta
Wahai hati,
Bukan senang untuk survive setelah terjerumus ke dalam lembah kekecewaan.. bukan senang.. apatah lagi kecewa dalam soal cinta.. soal hati & perasaan.. terasa seolah-olah separuh daripada diri telah pergi.. menghilang entah ke mana.. tapi, percayalah.. setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri..
Setiap manusia itu pasti diuji.. ujian setiap insan itu berbeza berdasarkan kemampuan masing-masing.. kiranya hari ini kita kecewa, bukan selama-lamanya kita akan kecewa.. Allah itu Maha Adil.. Allah itu Maha Pengasih & Maha Penyayang.. please don’t be demotivated.. mata yang melihat.. telinga yang mendengar.. tidak akan pernah merasakan bebanan yang sama yang dirasai oleh insan yang diuji.. kerana setiap manusia punyai kemampuan yang berbeza-beza.. punyai kekentalan hati yang berbeza-beza dalam menghadapi & menangani ujian-Nya.. you definitely can face it!
Wahai hati,
Bersyukurlah dengan ujian ini.. kerana itu maknanya kita berada dalam perhatian-Nya.. mungkin Dia mahu kita sedar tentang kekhilafan & kelalaian kita terhadap-Nya selama ni.. mungkin kita yang terlalu laju mengemudi perjalanan hidup kita.. sehingga lupa untuk menoleh ke kiri dan kanan.. mungkin kita terlupa, bahawa segala yang berlaku adalah dengan izin-Nya.. peringatan bahawa bukan semua yang kita mahukan akan kita perolehi dengan mudah.. mungkin dia itu adalah kehendak kita saja, dan bukanlah keperluan.. siapa tahu..
biarlah kita berhenti sejenak.. merenung masa silam untuk dibuat pengajaran.. hiduplah pada masa sekarang.. tidak perlu menilik-nilik apa yang akan terjadi pada masa depan.. usah terlalu teruja untuk memiliki sesuatu yang belum tentu terbaik untuk kita.. kerana kita bukan siapa-siapa.. Dia sudah suratkan apa yang terbaik untuk hidup kita.. cuma kita sahaja yang perlu memilih jalannya..
Hati yang kecewa, hati yang menderita, biarlah Allah saja yang mengubati-Nya.. titipkan di dalam doa & rintihan kita hanya kepada-Nya
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri dan hati ini.. aku bersyukur diuji oleh-Mu ya Allah.. rawati dan belailah hatiku yang gundah & kesunyian ini dengan CINTA & kasih sayang-Mu.. anugerahkanlah kekuatan kepadaku untuk terus istiqamah dalam beribadah & mendekati-Mu.. agar di saat aku diuji dengan kesenangan, aku tidak sekali-kali akan melupakan-Mu”.
wahai hati,
Kekuatan tu tidak akan datang dengan sendiri.. sakit di hati kerana kecewa itu sunnatullah.. adatlah, apabila kecewa kita akan merasa sakitnya.. mana mungkin jari yang terhiris oleh pisau tidak berdarah? Mana mungkin bila mendapat kejayaan kita tidak akan gembira? Manusia dilahirkan dengan pelbagai emosi.. tidak adillah kiranya kita hanya mahu merasai emosi yang positif saja..
hati,
Tabahlah engkau.. kekuatan, ketabahan, ketenangan, kejayaan malah keimanan itu perlu kita cari.. sudah tentu dengan izin-Nya juga kita menikmatinya..
Ketenangan & kebahagiaan tu wujud di dalamnya.. carilah ia.. tiada satu pun yang bernama makhluk di dunia ini yang berkuasa untuk mengecewakan dan menyakitkan kita tanpa izin Allah.. binalah penghalang diri.. dekatkan diri kepada Allah.. mungkin usaha kita belum cukup.. andai resah menyelubungi diri, solatlah, berzikirlah.. sesungguhnya hati yang tenang itu ialah hati yang sentiasa mengingati Allah.. memahami keagungan dan kekuasaan-Nya dari aspek maknawi dan hakiki..
Yakinlah dengan janji-Nya.. jadilah lelaki yang soleh.. nescaya yang solehah akan hadir untukmu..jadilah wanita yang solehah.. nescaya lelaki yang soleh akan menghampiri kamu demi Dia.. carilah CINTA ALLAH, nescaya cinta wanita yang mencintai Allah akan hadir untukmu.. kerana, cinta manusia tidak pernah akan kekal.. bercintalah kerana Allah.. nescaya ikatan rumah tanggamu yang bakal dibina akan sentiasa dirahmati & diberkati-Nya.. insya Allah..
Usahlah terlalu lama mengenang kenangan silam yang disangka indah.. sehingga menghalang hak kita untuk bergembira & berbahagia dengan kehidupan kita.. cinta manusia bukanlah segala-galanya.. ia akan layu juga andainya tidak dibajai dengan cinta kepada Allah.. cinta Allah itu matlamat, cinta manusia itu adalah alat untuk menggapai cinta Allah..
soalnya,
Mengapa sukar untuk melupakan si dia?
KERANA Allah ciptakan kamu yang punya ‘PERASAAN’, minda yang punya ‘INGATAN’ wahai hati..
Sebab itu orang yang kita BENCI kita INGAT.
Yang pernah kita CINTAI?!
ya, itulah hakikatnya,
Jika ingat kenangan manis bersamanya buatlah pedoman, kenangan pahit jadikan pengajaran.
masa dan hidupmu terlalu berharga untuk dibazirkan dengan kisah cinta yang tidak ada kesudahan..
kamu punyai dunia dan kehidupan yang sendiri untuk dicorakkan.. berjaya atau tidak adalah pilihan sendiri.. tenanglah, ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kamu kiranya kamu kesunyian.
Untuk Insan Yg Rase Ada Dosa.. Tiada Insan Yg Suci Drpd Dosa Kecuali Rasulullah
http://www.youtube.com/watch?v=mJvcJu-5rF4
Friday, 28 December 2012
Hati Seorang muslim: HADIS TENTANG SOLAT
Hati Seorang muslim: HADIS TENTANG SOLAT: Rasulullah s.a.w bersabda : "Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27x darjat" H.R.Bukhari dan Muslim...
Hati Seorang muslim: sedih rasanya bila melihat ramai manusia di perbod...
Hati Seorang muslim: sedih rasanya bila melihat ramai manusia di perbod...: sedih rasanya bila melihat ramai manusia di perbodohkan dengan kehidupan dunia sekarang ini... mereka sanggup di perhambakan oleh dunia yan...
Wednesday, 26 December 2012
Tg Huda Eg Hadi: Jatuh CiNtA @ Jatuh NaFsU ?
Tg Huda Eg Hadi: Jatuh CiNtA @ Jatuh NaFsU ?: Kata orang barat "What's the fuss all about?" Hari ini saya ingin mengajak saudara meneliti permasalahan ummat yang berlaku k...
Jatuh CiNtA @ Jatuh NaFsU ?
Kata orang barat "What's the fuss all
about?"
Hari ini saya ingin mengajak saudara meneliti permasalahan ummat yang berlaku kini khususnya bagi golongan muda belia yang masih lagi baru dalam meniti hakikat kehidupan. Permasalahan mengikut usia. Apa yang dapat saya lihat, kebiasaannya masalah bagi golongan muda adalah mengenai hubungan atau percintaan. Masalah kepada mereka yang sudah berumah tangga lebih kepada permasalahan daipada aspek tanggungjawab kepada keluarga, kecurangan dan juga politik tempat kerja. Mereka yang berada dalam kategori kepimpinan pula permasalahannya lebih kepada korupsi dan penyelewengan, tidak kira sama ada daripada golongan ‘ikan bilis' hinggalah ke ‘jerung besar' dan daripada parti Islamik, komunis, sosialis mahupun sekularis.
Melihat kepada rancangan televisyen, dapatkah anda
menilai betapa banyaknya filem, teledrama, telefilem bahkan apa rancangan
sekalipun yang membincangkan mengenai cinta sesama manusia? Dalam ruangan
akbhar pula, akhbar manakah yang tiada ruangan kaunseling cinta? Berapa
banyaknya majalah yang menerbitkan tentang hubungan sesama manusia dalam erti
kata cinta yang tidak sah? Cuba anda lihat pula pada diri anda sendiri atau
setidak-tidaknya pada mereka yang sebaya dengan anda. Berapa ramaikah di
antara mereka yang mempunyai kekasih pujaan hati? Jawapannya bukan
sahaja ada, bahkan terlalu banyak dan barangkali sudah menjadi darah daging!
Bermula mungkin daripada persahabatan, lewat sistem pesanan ringkas (SMS) atau facebook. Setelah beberapa lama, pertemuan diatur. Kemudian, keluar berdua-duaan. Malu-malu. Segan-segan. Selepas itu, bermulalah adegan ayang-ayang, anje-anje. Mula berpegangan tangan. Perhubungan ini diisi dengan madah cinta yang sangat romantis. Cinta suci... Cinta agung... Semoga perhubungan diberkati dan kekal... Setelah itu, mungkin ada yang ke jinjang pelamin dan mendirikan rumah tangga dan mungkin pula daripada berpegangan tangan mula melangkah lebih maju dalam keadaan yang tidak baik. Malaysia Boleh katakan... Di akhir cerita lahirlah anak luar nikah. Paling tidak, kehormatan diri sudah tergadai atau mungkin hampir tergadai. Barangkali situasi ini tidak berlaku kepada semua pasangan tetapi hal ini berlaku hampir kepada semua. Kita lihat pula pada sikap mereka yang berada dalam situasi ini. Sanggup lakukan apa sahaja, betul? Sanggup membelanjakan wang dan mengorbankan masa. Sanggup melayan dan menahan banyak kerenah. Sanggup menyerahkan tubuh badan untuk dijadikan sebagai persembahan ‘cinta teragung'. Lebih dahsyat lagi ada yang sanggup menukar agama kerana sayangkan kekasih hati. Lihat pula kepada perbualan harian mereka. "Kenapa dia tak call aku hari ni?" "Dia suka aku ke tak? Sayang aku ke tak?" Kalau nak dengar dengan lebih lanjut, saya mencadangkan supaya dengan tak malunya sila duduk di sebelah mereka yang sedang berpacaran dan dengar perbualan mereka. Jika ingin jalan selamat supaya tidak dimaki, tonton sahaja TV3. Sekarang harap anda mula melihat dengan jelas. Sejujurnya hal ini adalah masalah yang berlaku dalam golongan muda-mudi kita. Kita disibukkan oleh permasalahan sebegini remeh. Cinta itu juga satu ciptaan. Bukan Pencipta. Cinta bukan Tuhan! Bukankah cinta itu telah Allah ciptakan kepada manusia sebagaimana Dia menciptakan pancaindera manusia dan akal manusia. Jadi boleh sahaja kita katakan bahawa cinta itu cuma satu jalan daripada jalan-jalan yang telah Allah kurniakan kepada kita untuk mencari redaNya. Sayang... Kita menjadikan jalan itu sebagai matlamat sedangkan matlamat sebenarnya sudah hilang ke mana. Jadinya, secara tidak sedar kita telah terlampau mengagungkan kalimah cinta dan cinta itu sendiri. JATUH CINTA atau JATUH NAFSU? Bukankah sudah jelas dalam al-Quran dinyatakan bahawa syaitan akan menampakkan sesuatu yang buruk itu sebagai sesuatu yang baik pada pandangan kita? Berpegangan tangan. Bercumbu mesra. Peluk-memeluk. Tangan menjalar merata diiringi kalimah-kalimah yang manis puji-memuji. Kadang-kadang siap berdoa supaya kasih akan terus berkekalan. Poorah! Bila sudah perut membesar, barulah tersedar dan tersentak. Bila keluarga si perempuan bawa "abang-abang besar" suruh bertanggungjawab barulah rasa kecut dan takut. Haq dan batil tidak boleh bercampur. Islam itu lahir daripada keruntuhan jahiliah. Kita ini terbalik pula. Islam itu jadinya pada kita bercampur dengan jahiliah. Maka patutkah Allah reda dengan tindakan kita? Sepatutnya kita melihat melalui kaca mata al-Quran yang sudah terang haq dan batilnya. Bagaimana indah sekalipun jika yang batil itu dicantikkan oleh syaitan, kita tetap akan sedar betapa buruknya apa yang kita lakukan, betapa jijiknya dan kotornya dosa yang kita lakukan itu. Berhenti dan Periksa diri Anda. Kita bukanlah manusia yang sempurna daripada segala salah dan silap. Kita seharusnya sedar jika telah berbuat kesalahan dan melakukan perubahan. Itulah yang membezakan Adam dan Iblis. Kedua-duanya membuat kesalahan tetapi Adam bertaubat sedangkan Iblis telah bersumpah dengan angkuh dan sombongnya untuk menyesatkan anak cucu Adam sampai hari perhitungan. Berhenti dan periksa diri kita, muhasabah kembali tiap perlakuan kita. Semoga apa yang tertulis ini mampu memberi sedikit kesedaran kepada saya dan anda. Wallahua'alam. |
SuRaT cInTa
| Assalamualaikum w.b.t..semoga anda semua sihat di samping keluarga tercinta..alhamdulillah, kesyukuran berpanjangan dipanjatkan utk Pemilik segala isi langit dan bumi.."ya Allah, Tuhan sekalian alam..hanya kepadaMu kami menyembah dan hanya kepadaMu kami memohon pertolongan.." sahabat-sahabat yg dikasihi.. Ape kate kali ni kite bincang2 sikit fasal surat cinte??huhu..mcm jiwang jer entry kali ni..hehehe..neway, xpe, yg penting bahagia..eh, ape ek perasaan anda apabila menerima surat cinta dr org yg teristimewa??(email,sms pun surat kan; surat elektronik) "uih, best siot!!" "bahagia duh hati aku.." "mesti la masyuk giler!!" "bukan senang oo nak dapat..hidup aku makin ceria!!hehe.." huhuhu..mungkin itu diantara jawapan2 yg mungkin kite akan dengar apabila soalan di atas diajukan kepada sesiapa yg pernah menerima atau mengalaminya.. agaknya, dimana anda menyimpan surat cinta itu?? "wah, aku simpan dalam fail khas..siap hias2 dgn bunge lagi.." "aku simpan dalam laci stadi aku..nak tiupkan semangat time stadi!!" "aku simpan je dalam inbox email aku..xkan nye aku delete.." huh..jawapannya pasti special..maklumlah, org special yg kasi.. "weih, kalau aku bace kan, surely hati aku tersentuh..uh, unexplainable...hanye org yg pernah mengalaminya boleh explain..serious doh!!" huhu..kalau ikutkan pengalaman sendiri pun, hati ini mudah tersentuh apabila mmbaca surat cinta manusia..kadangkala ia menghayalkan dan kadangkala ia mmberikan semangat..tetapi, apa yg pasti, perasaan itu bukannya lahir dari mata hati tetapi ia lahir dari mata NAFSU!! nauzubillahiminzalik!! cukuplah kesilapan lalu.. ok, soalan seterusnya..kerap tak anda membaca surat cinta yg anda terima itu?? "kerap dong!!" "kalau teringat akan dia, pasti suratnya aku baca.." wah wah wah..bukan main lagi..hehehe.. baik...sahabat-sahabat yg disayangi... jika anda memiliki sebuah kereta bmw, siapakah yg paling menyayangi atau menyintai kereta itu??ayah anda?ibu anda?adik anda?atau diri anda sendiri selaku pemiliknya?ermmm..rasenye org yg normal pasti akan mengatakan bahawa si pemilik-lah yg paling mencintai sesuatu yg dimilikinya...jadi, siapakah yg paling mencintai anda selaku seorang manusia di atas muka bumi?? pastilah pemilik manusia iaitu Allah s.w.t...kan?? adakah anda sedar bahawa Allah s.w.t. menurunkan Al-Quran utk manusia sebagai surat cintaNya kepada kita?? yg mana satu lebih agung,lebih hebat??surat cinta dr cewek,pacar,awek,balak atau surat cinta dr Maha Agung????? sahabat-sahabatku...sayangnya Allah kepada kite selaku hambaNye..Allah berikan kita surat cintaNye sebagai petunjuk..sumber kebahagiaan..panduan..ke arah kejayaan dunia dan akhirat..ke arah menggapai dan menikmati syurgaNya yg tak terhingga hebatnya, yg tak terbayang di mate dan kepale...namun, selama ini, kebanyakan drpd kita lebih mengutamakan surat cinta dr manusia dan sering mengabaikan surat cinta dr Allah..benar kan?? seringkali kita merasa berat hati utk manatapnya..inikan pula mmbaca dan menghayatinya..lihat di rumah2 kita, banyak Al-Quran yg berhabuk, terbiar kerana sudah lama tidak disentuh..mungkin ada yg mengatakan bahawa terlalu banyak Al-Quran di rumah, tetapi mengapa anda tidak mmbersihkannya drpd habuk??mengapa???bukankah ia boleh di wakafkan kpd org2 miskin atau masjid2?? sahabatku, sudah berapa lama kita mengabaikan surat cinta Allah?? sudah berapa lama kita tidak mmbacanya dgn sepenuh hati??bayangkan, jika nyawa kita ditarik ketika selama ini kita mengabaikan surat cinta Allah dan mengutamakan surat cinta manusia, ketika kita lebih suka mmbaca komik,majalah hiburan berbanding surat cinta Allah??Apa salah Allah kepadamu??Allah menurunkan Al-Quran supaya kamu hidup bahagia tetapi mengapa kamu mengabaikannya?? jika anda mengatakan bahawa jiwa anda tersentuh apabila mmbaca surat cinta dari org tersayang, sudah berapa lama jiwa anda tidak bergetar tatkala mendengar nama Allah dan ayat-ayatNya???sudah berapa lama???Allahuakbar!!!lemahnya iman kita.. "sesungguhnya org2 yg beriman itu adalah mereka apabila disebut nama Allah bergetarlah hati mereka dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan-lah mereka bertawakkal." ~surah al-Anfal,2~ sahabat-sahabatku semua.. marilah kita bersama2 meminta ampun drpd Allah kerana kita sering mengabaikan surat cintaNya..kerana kita kerapkali lalai.."ya Allah, ampunilah dosa2 kami..kerana kami lebih mengutamakan surat cinta manusia daripada surat cintaMu..ya Allah, ya Fattah, bukakanlah pintu hati kami..berikanlah cahayaMu..terangilah jiwa kami dgn nur-Mu..begitu byk jalan ke arah syurgaMu yang Kamu tuliskan di dalam surat cintaMu tetapi kami sering melupainya dan menganggapnya tidak penting bagi kehidupan kami..ya Fattah, bukakanlah mata hati kami!!ya Tuhan yg Maha Pengampun, ampunilah dosa2 kami..!!" sahabatku, marilah kita bersama2 mmperbaiki diri..dari semasa ke semasa..sedikit demi sedikit..jgn biarkan kesalahan lalu diulangi oleh generasi kite akan datang.."ke arah melahirkan generasi Al-Quran yg mencintai dan dicintai Allah",amin...Allahua'lam..moga Allah sentiasa mmberkati kita semua.. ~bangunkan potensi spiritual anda!~ |
Subscribe to:
Posts (Atom)